Buku Hijau itu

Teks : Aida Ilyani Ali
Foto : Credit to google





Kenapa buku hijau itu hilang? Tu la. Baik hati sangat. Konon nak bagi orang lain manfaatkan. Tapi bila dah berjalan buku tu terlupa pula kedudukan terakhirnya. Bukan sehari dua cuba cari buku hijau itu tapi dah berbulan-bulan. Tak jumpa juga. Kesian mak sebab asyik kena tanya je pasal buku hijau itu. Di dalamnya tersimpan banyak memori yang tidak mampu diulang kembali. Kerana mak wujudnya buku hijau itu. Dia kata nanti senang masa hadapan. Tak la lupa semua. Buku hijau itu juga menyimpan kenangan saya dan ibu mertua di dapur semasa baru menjadi pengantin baru. Buku hijau itu juga menggamit memori bersama kakak dan adik semasa membuat kuih raya. Kena juga cari buku hijau itu. Itulah kitab maha karya cinta pencetus idea semasa di Pengkalan Hulu. Dalam buku hijau itu ada resepi kuih tart mak yang sedap, kuih sampret mak yang jadi rebutan, resepi mudah laksa Johor dan ayam masak merah mak. Dalam buku hijau itu juga ada resepi istimewa dari ibu: puri ringkas ibu, donat mudah ibu, rendang special ibu dan roti canai sedap ibu. Ada juga resepi-resepi lain dari sahabat baik, Kak Awin yang rajin mengajar saya memasak semasa di pejabat lama. Saya bukanlah pakar dalam masakan. Bila dah nak kahwin barulah tercari-cari resepi untuk dijadikan bekalan. Mak cadangkan saya tulis dalam satu buku, itulah buku hijau itu. Ya Allah... pertemukanlah kembali buku hijau itu dengan ku....