Tips bahagia rumah tangga : Peringatan untuk para suri

Teks : Aida Ilyani Ali


Assalamualaikum, semua orang inginkan rumah tangga yang bahagia. Kita akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan mahligai yang dibina kekal hingga ke hujung usia. Walau bagaimanapun, terkadang kita para suri terlupa bahawa bahagia bukan sahaja terletak pada penampilan diri dan pasangan ataupun rumah yang mewah tersergam indah tetapi bahagia dalam rumah tangga itu muncul apabila kita sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang diberi Ilahi. Kebahagiaan di dalam rumah tangga bagi para isteri tentulah datang dari redha suami. Diriwayatkan daripada at-Tarmizi, Ibnu Majah, Hakim dari Ummu Salamah berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda, "Isteri mana sahaja yang suaminya meninggal (dalam keadaan) redha kepada (isteri)nya, maka dia (isteri) akan masuk syurga". 

Dalam mencari redha suami, kita para suri tidak kira bekerjaya atau tidak kadang kala terlepas pandang beberapa perkara yang kurang elok dilakukan sebagai seorang isteri. Menurut Johari Yaman (2011), antara sikap yang kurang elok tersebut ialah tidak pandai menjaga badan dan melayan suami. Penjagaan badan bukan sahaja dari aspek kecantikan malahan ianya termasuk aspek kesihatan. Kesihatan diri merupakan asas kepada kecantikan dan dapat membantu kesihatan fikiran (Kasmuri Selamat, 2008). Wanita yang menjaga kesihatan dan kecantikan dirinya tidak akan berbicara kepada suaminya dengan suara buruk dan kasar selain ingin sentiasa berpenampilan menarik dihadapan suaminya (Johari Yaman, 2011). Kasmuri Selamat (2008) menjelaskan bahawa kesihatan diri berkait dengan kebersihan perut. Ini adalah kerana  perut yang kotor boleh menyebabkan muka wanita kelihatan pucat, sayu dan tidak bercahaya

Oleh itu, seeloknya duit poket yang diberikan oleh suami digunakan untuk mencantikkan diri dihadapan suami.  Antara kaedah yang boleh dilakukan untuk menjamin kecantikan dalaman dan luaran para suri ialah dengan mengamalkan produk Jamu Susuk Dara, In Sya Allah sangat membantu. Produk-produk keluaran Jamu Susuk Dara adalah home made. Dibuat oleh orang Islam. Sesuai untuk para suri yang ingin membahagiakan suami. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk ini bolehlah melihat senarai produk Jamu Susuk Dara di sini. Tempahlah sekarang....

Sumber rujukan : 
Kasmuri Selamat (2008). Panduan Perkahwinan-Kunci Syurga yang Terbuang. 
       Kuala Lumpur : Jasmin Enterprise. 
Johari Yaman (2011). Pahit Manis Perkahwinan. Batu Caves : Crescent News (K.L.) 
       Sdn. Bhd.