Lirik Lagu pilihan - Kasih Padamu

Teks : Aida Ilyani Ali
Sumber Lirik : liriklagumuzika.com
Penyanyi : Hafiz Hamidun




Assalamualaikum sahabat sekalian. Sempena bulan menyambut Maulidur Rasul ini, saya kongsikan lirik lagu berkaitan junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Lagu ini dinyanyikan oleh Hafiz Hamidun dan telah memenangi kategori lagu paling lama bertahan di carta IKIM FM dalam Anugerah Nasyid IKIM.fm baru-baru ini. Tajuk lagu ini ialah Kasih PadaMu. Jom kita hayati bait-bait lirik lagu ini. Semoga bermanfaat untuk semua.



Rasulullah dalam sirahmu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatmu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Kau di utus atas nama kebenaran
Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan

Walau diri bisa menakluki tahta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi LillahiTaala
Azimat yang berharga

Rasulullah dengan hikmahmu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Rasulullah engkau tinggalkan
Semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah
Membangun Iman dan dilapangan Mujahadah

Dari hadith dan AlQuran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang kau wariskan
Akan selamat di dunia akhirat

Rasulullah terlalu rindu
Padamu junjungan jiwa
Didalam senda yang utama
Menyambungkan kasih denganmu
Rasulullah dalam sirahmu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatmu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Rasulullah dengan hikmahmu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Ya Rasulullah Ya HabibAllah
Pabila terkenangmu mengalir air mataku