Catatan harian : Tugasan utama

Teks : Aida Ilyani Ali

Assalamualaikum, hari ini saya berkesempatan menulis catatan harian pertama saya. Tugasan ini adalah homework yang diberikan oleh guru ABDR saya, Puan Anys Idayu.

Hari ini saya nak berkongsi cerita mengenai kelas mengaji. Alhamdulillah, sempat juga saya ke kelas mengaji hari ini. Terima kasih ya Allah kerana mempertemukan saya dengan Cikgu Saniah. Beliau merupakan ibu tunggal yang telah berusia 82 tahun. Seorang yang sangat berpengalaman dalam bidang pendidikan al-Quran. Beliau sering memberi kata semangat dan panduan kepada saya untuk menjadi suri rumah tangga yang lebih baik. Selain itu, beliau berkongsi ilmu berkaitan kelebihan ayat-ayat al-Quran yang diamalkan oleh beliau apabila kami bertemu ayat tersebut semasa mengaji.


Hari ini saya kongsikan satu ayat dari Surah Ali-Imran iaitu ayat ke 200 yang boleh digunakan dalam kehidupan kita sehari-hari  iaitu : 



Ayat ini dibaca untuk untuk menjinakkan haiwan. Boleh juga dibaca untuk melembutkan hati anak..