Banjir Disember 2014 - Seribu makna

Teks : Aida Ilyani Ali

Assalamualaikum, salam kasih sayang. Pada waktu ini semua orang sedang memperkatakan tentang banjir yang melanda negara dan bersimpati terhadap penduduk Negeri Kelantan kerana dilanda musibah yang tidak disangka-sangka. Tentu ada kenalan, saudara-mara dan sahabat handai kita yang sedang bertarung menghadapi situasi getir di negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut. Apa yang mampu sebahagian besar kita lakukan adalah berdoa serta memberi bantuan dalam bentuk kewangan dan barangan kepada mangsa. Saya juga mempunyai kenalan dan saudara mara di sana. Salah seorang adik saya ada di Universiti Malaysia Kelantan. Doa saya dia selamat di sana. Pakcik suami di Kota Baru, berkhidmat sebagai anggota polis. Dalam keadaan genting begini pun masih risaukan orang awam lebih dari keluarga sendiri. Seorang sepupu saya juga ada tinggal di sana. Rahmat Allah dan kasih sayangNya ditunjukkan dalam pelbagai bentuk. Sepupu saya yang berada di sana digerakkan hati untuk menunaikan umrah sebelum waktu banjir melanda. Anak-anak beliau dihantar ke rumah ibunya di Taiping, Perak. Dia masih lagi menjadi tetamu Allah. Belum waktunya untuk pulang, katanya. Rumah dah di tenggelami air. Sedihnya beliau tidak terkata melalui wassap yang dikongsi bersama keluarga. Walaupun tak dapat menyelamatkan harta benda yang berada di rumah sewanya, Allah membantunya dengan meletakkan dirinya, suami dan anak-anaknya di tempat yang selamat dahulu. Allah Maha Besar. Dia seorang suri rumah. Bayangkan jika dia berada di rumah bersama-sama anak dan suami keluar bekerja. Pasti dia juga menjadi salah seorang mangsa yang terperangkap dalam banjir yang meruntun hati kita semua sekarang ini.

Negeri Johor juga sedang mula dilanda banjir. Harapannya tidaklah seteruk di Kelantan. Alhamdulillah. Allah Maha Besar. Saya dan keluarga tinggal di kawasan tinggi dan bukan juga di kawasan yang dilanda banjir. Keadaan banjir ini mengingatkan saya kepada memori kejadian banjir di Negeri Johor pada Disember, 2006.

Foto : Utusan Malaysia, 2006

Pada waktu itu, kakak, saya dan mak dalam perjalanan ke tempat kerja melalui jalan yang biasa kami lalui iaitu tepi laut berhadapan Muzium Di Raja menuju ke pejabat saya dan kakak di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan Johor Bahru. Hujan renyai pada ketika itu sangka kami telah menyebabkan kenderaan bergerak perlahan. Tiba-tiba ada pemandu kereta di hadapan sekali turun kereta dan meminta kami serta kereta lain yang beratur panjang ini membuat pusingan U. Kami dalam kereta merungut kecil. Ye lah, dah lewat ke tempat kerja. Tapi, apabila pandangan kami beralih pada jalan raya, kami mula panik. Semua kereta yang beratur panjang ini boleh pula mengundur dan bekerjasama membuat pusingan U. Kenapa? Air dah ada atas jalan raya! Memang pada hari tu kami lewat. Ada juga rakan-rakan pejabat yang tidak dapat ke pejabat pada hari itu kerana tersekat dalam banjir. 

Walaupun tidak terlibat secara langsung dengan situasi banjir ini, saya merasakan pada waktu inilah banyak hikmah yang boleh kita perolehi dan lihat. Pada waktu ini, kita menjadi lebih lembut hati, penuh kasih sayang, belas ikhsan dan prihatin. Banyak pihak sekarang ini sedang mengumpulkan dana dan bantuan untuk diberikan kepada mangsa banjir. Bank-bank juga telah mengisytiharkan pelepasan yang sewajarnya kepada mangsa banjir. Seharusnya pada waktu ini tiada lagi jurang politik. Semua warga bersatu hati. Namun, ada cakap-cakap yang mengatakan tidak perlu menyebarkan dan berkongsi cerita mengenai berita banjir ini dengan keluarga dan rakan. Kami yang berada jauh dari lokasi banjir bukan mahu menyibuk tapi kami mahu berkongsi rasa itu. Apa lagi yang kami boleh lakukan. Nak ke sana, mungkin sukar. Berat mata melihat, berat lagi bahu yang menanggungnya. Doa kami untuk mangsa bencana alam ini agar mereka tabah dan sabar mengharungi dugaan ini. Semoga Allah menggantikan kerugian yang dialami dengan perkara yang lebih baik lagi pada masa hadapan. 

Sekian saja catatan saya pada kali ini, assalamualaikum.

Takwim Persekolahan 2015

Teks : Aida Ilyani Ali
Foto : Aida Ilyani Ali


Assalamualaikum, tentu ramai yang tercari-cari takwim persekolahan dan senarai cuti umum untuk tahun hadapan kan? Maka, hari ni saya ingin berkongsi takwim persekolahan dan cuti umum untuk negeri Johor bagi tahun 2015. Kenapa negeri Johor je? Saya kan duduk di Johor ;-), sebenarnya itu yang termampu buat. Semoga bermanfaat.



Lirik Lagu Pilihan - Muhasabah Cinta

Teks : Aida Ilyani Ali
Sumber Lirik : http://liriknasyid.com

Assalamualaikum, rata-rata antara kita meminati muzik. Saya juga minat muzik. Di sini saya ingin berkongsi lirik lagu bergenre nasyid yang boleh dijadikan tips kehidupan kita. Jom Muhasabah Cinta...

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Back to Reff.

Nota : Sangat dalam bicara lirik ini. Sebagai hamba kita selalu terlupa tentang pemberianNya. Bila ditimpa musibah baru beringat. Peringatan untuk diri dan semua yang disayangi...


Trip ke Bandaraya menaiki bas percuma, seronoknya...

Teks : Aida Ilyani Ali
Foto : Aida Ilyani Ali


Assalamualaikum sabahat semua, hari ini saya ingin berkongsi mengenai trip saya bersama anak-anak dan mak ke Bandaraya Johor Bahru menaiki bas percuma. Mak yang beriya-iya sangat nak membawa cucu-cucunya merasai pengalaman menaiki bas. Kami menaiki Bas Bandaraya yang tambangnya adalah percuma. Bas Bandaraya ini dikelola oleh pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru. Pada pagi hari tersebut, anak-anak saya bersemangat bangun awal dan bersiap kerana teruja untuk menaiki bas. Nenek mereka telah memaklumkan berkenaan trip ke bandaraya dengan menaiki bas pada hari sebelumnya. Hari itu atuk mereka menghantar kami ke Terminal Bas Larkin menaiki kereta baru Uncle Chad. Kakak cakap "Mama, jangan lupa bawa bekal, Aleesya nak makan bekal dalam bas". Ha, tergelak Mama dengar. Mentang-mentang la Papa bawa bekal setiap hari, dia pun nak bawa bekal.