Permainan memang tidak dapat dipisahkan dari kanak-kanak. Bila melihat keletah mereka bermain, gembiranya rasa hati. Kakak bila dapat mainan baru mulalah berfalsafah panjang lebar. Mulut pun jadi manis. Adik pula terus fokus dengan mainan baru. Bila dah main, kakak dan adik akan tunjuk kreativiti mereka mempelbagaikan permainan. Alhamdulillah, walaupun bermain mereka dapat membina keyakinan diri dan menjana idea yang kadang-kadang pada kita tiada apa-apa.
Berikut saya kongsikan aksi kakak dan adik semasa bermain.
Berikut saya kongsikan aksi kakak dan adik semasa bermain.
Kakak menggunakan daya imaginasinya meletakkan alas dibelakang patung bayinya. Di poket belakang kereta sorong diisi dengan alatan penjagaan bayi yang dipilih sendiri dari permainan lain.
Cuba lihat, kereta besar pun boleh ada dalam deretan kereta kecil tu. Adik telah menambahkan beberapa kenderaan lain sebagai penyedap matanya. ;-)
Bangun pagi terus ke kawasan permainan. Ambil dua truck ni di susun sebegitu rupa. Agaknya apa dalam fikiran Adik ye?
Tentu anak anda pun kreatif tanpa anda sedari. Teruskan memberi dorongan kepada mereka ya. Saya juga dalam proses belajar kerana anak masih kecil. Anda yang mempunyai anak lebih besar dari saya pastinya lebih berpengalaman dalam bab ini. Alang-alang cerita pasal permainan, jom tengok koleksi baru permainan saya di sini.