Apa anda rasa bila suami.....

Teks : Aida Ilyani Ali

Hidup berumah tangga ini penuh dugaan dan cabaran. Kepada pembaca yang bergelar isteri, pernahkah anda mengalami situasi yang membuatkan anda sedih apabila suami anda terlupa sesuatu? Adakah anda sedih bila suami terlupa:

  1. hari lahir  anda? 
  2. hari ulang tahun perkahwinan anda?
  3. bawa anda pergi berbelanja? 
  4. mandi?
  5. bayar bil-bil rumah?
  6. ucap sayang pada anda?
  7. tunaikan hajat anda?

Tentunya kita sebagai para isteri sedihkan sebab suami seakan tidak sayangkan kita. Namun adakah anda terfikir bahawa ada perkara yang patut kita sedihkan jika suami kita terlupa? Apa ye? Ada ke?


Ada..... Kalau kita sayangkan mereka kita harus lebih sedih bila suami kita terlupa :

  1. solat
  2. puasa
  3. beri nafkah
  4. bayar zakat
  5. sedekah
  6. mengaji


Betul tak? sekadar jadi renungan dan ikhtibar disamping mengingatkan diri sendiri. Jom sama-sama ingatkan suami kita. Inilah tanda sayang kita..