Teks : Aida Ilyani Ali
Tentunya menggoreng ikan bukanlah perkara yang asing bagi kaum ibu. Namun, bukan semua orang meminati ikan goreng. Suami saya seorang yang kurang gemar ikan goreng. Adakalanya dia sanggup tak makan jika lauk ikan goreng yang disajikan. Namun, setelah saya cuba resepi yang saya olah sendiri ini, prespektif beliau tentang ikan goreng telah berubah. Alhamdulillah. Kawan-kawan bolehlah cuba ye..
Rukun Qauli Solat
Teks : Aida Ilyani Ali
Rukun qauli ialah :
Perkongsian:
Catatan Harian
Mak Tok
Teks : Aida Ilyani Ali
Apa pandangan anda terhadap nenek saudara anda? Istimewa? Tentu pandangan kita berbeza. Bagi saya "Mak Tok" iaitu salah seorang nenek saudara saya ini merupakan orang yang sangat istimewa di hati saya. Dialah yang bertanggungjawab menjaga saya dan adik-beradik saya yang lain sehingga dewasa. Walaupun tidak mempunyai anak sendiri, Mak Tok berjaya mendidik kami dengan baik. Saya nukilkan tulisan mengenai Mak Tok di sini supaya memori bersama beliau boleh dikongsikan dengan anak-anak saya pada masa akan datang.
Perkongsian:
3. Catatan Pengalaman
Ayam Goreng Rangup
Teks : Aida Ilyani Ali
Tentu para ibu tercari-cari resepi mudah untuk menyediakan ayam goreng rangup ala KFC atau yang sewaktu dengannya kan? Saya mendapat idea menyediakan ayam goreng rangup ini berdasarkan pemerhatian saya pada penyediaan ayam goreng di satu kios jenama A ini. Oleh kerana saya ni jenis yang suka sediakan sendiri masakan di rumah (nak suami dan anak-anak makan air tangan kita), saya cuba sendiri membuat ayam goreng ini. Alhamdulillah, menjadi. In sya Allah, suami dan anak-anak pasti suka hidangan ini. Versi saya ini lebih mudah dan senang disediakan.
Tentu para ibu tercari-cari resepi mudah untuk menyediakan ayam goreng rangup ala KFC atau yang sewaktu dengannya kan? Saya mendapat idea menyediakan ayam goreng rangup ini berdasarkan pemerhatian saya pada penyediaan ayam goreng di satu kios jenama A ini. Oleh kerana saya ni jenis yang suka sediakan sendiri masakan di rumah (nak suami dan anak-anak makan air tangan kita), saya cuba sendiri membuat ayam goreng ini. Alhamdulillah, menjadi. In sya Allah, suami dan anak-anak pasti suka hidangan ini. Versi saya ini lebih mudah dan senang disediakan.
Perkongsian:
4. Diari Masakan
Nasi Arab, Cepat dan Mudah
Menyediakan makanan arab kegemaran anda kini tidak sukar lagi dengan Pek Rempah Nasi Mandy Home Made ini. Boleh dibeli dalam 7 set pakej pilihan anda. Jom pilih...
Set mengandungi :
- 1 kotak Nasi Mandi (Arab Saudi) kotak biru - RM15.00
- 1 kotak Maqluba Ayam kotak oren - RM15.00
- 1 kotak Nasi Kabsah kotak merah - RM15.00
- 1 kotak Nasi Mandy Kambing kotak hijau - RM15.00
- 2 paket Chocolate Oat Choco (RM12.00 X 2) - RM24.00
Harga 1 Set = RM 84.00 + RM 15.00 (pos)
Perkongsian:
Nasi Arab
Pakej Makanan Sunnah
Sukar mencari produk berasaskan makanan sunnah? Kami sedia membantu. Kami menawarkan pakej makanan sunnah pada harga yang sangat berpatutan, in sya Allah..
Tempahlah sekarang!
Pakej 1

Tempahlah sekarang!
Pakej 1

Set mengandungi :
- Kurma maryami - RM 40.00 (1kg)
- Kismis hitam - RM 25.00 (1kg)
- Kismis basah - RM 30.00 (1kg)
- Almond - RM 20.00 (200 gram)
- Pistacio - RM30.00 ( 250 gram)
Perkongsian:
Makanan Sunnah
Minyak Pelbagai guna
Anak selsema, batuk, luka, tidak sedap badan. Apa perlu dibuat? Tentu anda tercari-cari minyak serbaguna yang mudah di bawa ke mana-mana dan sesuai untuk seisi keluarga kan?
Minyak Jerslin adalah pilihan yang tepat untuk anda.
Berikut adalah kelebihan Minyak Jerslin :
Perkongsian:
Minyak Jerslin
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
Teks : Aida Ilyani Ali
Anda perasan tak dekat mana kita boleh jumpa ayat ini - " Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan"?
Kepada yang tidak tahu, ayat ini merupakan maksud bagi ayat yang ada di dalam surah Ar-Rahman.
Surah Ar-Rahman merupakan surah yang paling saya suka baca kerana dengan membaca surah ini bersama-sama terjemahannya saya dapat mengingatkan diri saya untuk bersyukur atas setiap pemberian Allah.
Anda perasan tak dekat mana kita boleh jumpa ayat ini - " Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan"?
Kepada yang tidak tahu, ayat ini merupakan maksud bagi ayat yang ada di dalam surah Ar-Rahman.
Surah Ar-Rahman merupakan surah yang paling saya suka baca kerana dengan membaca surah ini bersama-sama terjemahannya saya dapat mengingatkan diri saya untuk bersyukur atas setiap pemberian Allah.
Perkongsian:
Catatan Harian
Doa untuk semua
Teks : Aida Ilyani Ali
Bismillahirrahmanirrahim...
Ya Allah, ampunkanlah dosaku,
Dosa kedua ibubapaku,
Dosa suamiku,
Dosa anak-anakku,
Dosa saudara-saudaraku,
Dosa guru-guruku,
Dosa anak-anak muridku,
Dosa sahabat-sahabatku,
Dosa semua umat Islam yang beriman denganMu
Walaupun mereka pernah menyakitiku,
Amin, Ya Rabbal Alamin......
Jom doa untuk semua
Bismillahirrahmanirrahim...
Ya Allah, ampunkanlah dosaku,
Dosa kedua ibubapaku,
Dosa suamiku,
Dosa anak-anakku,
Dosa saudara-saudaraku,
Dosa guru-guruku,
Dosa anak-anak muridku,
Dosa sahabat-sahabatku,
Dosa semua umat Islam yang beriman denganMu
Walaupun mereka pernah menyakitiku,
Amin, Ya Rabbal Alamin......
Jom doa untuk semua
Perkongsian:
Catatan Harian
Al-Fatihah
Assalamualaikum, alhamdulillah dapat juga saya berkongsi ilmu pada hari ini.
Dari semalam saya sudah fikirkan tentang perkongsian mengenai kepentingan kita memahami dan menghafal surah al-Fatihah. Kenapa kena hafal? Soalan ini juga saya tanya dalam diri semasa mula-mula suami ajukan adakah saya hafal maksud surah ini. Pentingnya memahami maksud al-Fatihah supaya kita lebih khusyuk dalam solat, lebih menghargainya dan menjadi lebih yakin akan kekuasaan Allah.
Sahabat sekalian, saya sendiri menghafal surah ini selepas diberi tunjuk ajar dari suami. Saya belajar dengan cara mendengar lagu yang dia pasang setiap hari dalam kereta. Jangan malu untuk berubah. Jom kita hayati al-Fatihah sama-sama.

Untuk mendapat pencerahan yang lebih mendalam lagi mengenai surah ini boleh lah ke link Prof Dr Nasoha Saabin. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
Perkongsian:
Catatan Harian
Permainan untuk anak anda
Pernahkah anda terfikir bahawa bermain dengan permainan merupakan salah satu pendekatan dalam pembelajaran?
Pendekatan pembelajaran ini dipanggil pendekatan belajar sambil bermain. Kaedah ini dikatakan dapat meningkatkan perkembangan kognitif, sosial dan kemahiran belajar mereka. Selain itu, pembelajaran secara belajar sambil bermain iaitu dengan menggunakan bahan permainan fizikal seperti kereta, lego atau blok dapat membantu ibu bapa mengekang ketagihan anak-anak terhadap permainan dalam bentuk gajet.
Pendekatan pembelajaran ini dipanggil pendekatan belajar sambil bermain. Kaedah ini dikatakan dapat meningkatkan perkembangan kognitif, sosial dan kemahiran belajar mereka. Selain itu, pembelajaran secara belajar sambil bermain iaitu dengan menggunakan bahan permainan fizikal seperti kereta, lego atau blok dapat membantu ibu bapa mengekang ketagihan anak-anak terhadap permainan dalam bentuk gajet.
Perkongsian:
Permainan kanak-kanak
Minuman Untuk Kesihatan Mata
Masalah rabun, silau dan katarak merupakan antara masalah mata yang sering dihadapi oleh segelintir masyarakat kini. Penggunaan kanta mata, kanta lekap ataupun dengan menjalani pembedahan dapat mengatasi masalah ini. Selain itu, terdapat juga produk-produk dipasaran yang berbentuk ubat titis atau semburan yang digunakan dalam menangani masalah ini. Namun, adakah anda tahu terdapat alternatif baru yang boleh dicuba untuk mengatasi masalah mata anda?
Berilah peluang kedua kepada mata anda. Nikmati Kopi Cen-Roma atau minuman Cen-Coco sambil merawat mata anda.
Kopi Cen-Roma Harga : RM60.00 |
Minuman Cen-Coco Harga : RM60.00 |
Istimewanya produk ini ialah ia mengandungi FloraGlo Lutein daripada tumbuhan yang mampu membantu meningkatkan kejelasan dan ketajaman penglihatan mata kita.
3 fungsi utama lutien ialah :
3 fungsi utama lutien ialah :
- Membekalkan karatenoid - membantu merawat penyakit mata terutamanya AMD, katarak, rabun dan baik untuk jantung.
- Bertindak sebagai anti oksidan - berfungsi meneutralkan radikal bebas dan melambatkan penuaan
- Bertindak menyerap cahaya biru - Lutien termendap di mata. Oleh itu, ia akan bertindak melindungi bahagian macula dengan menapis cahaya biru. Biru adalah gelombang cahaya UV seperti UBV, UVA dan UVC dihasilkan oleh komputer, televisyen dan telefon bimbit.
Apa lagi sahabat sekalian, jom order. Bagi peluang kepada mata kita. In sya Allah mujarab. Untuk tempahan, bolehlah mengisi borang tempahan yang telah disediakan ya.
Perkongsian:
Kopi dan Koko Mata
Pengalaman melahirkan anak pertama
Teks : Aida Ilyani Ali
Assalamualaikum,
Kebanyakan isteri rata-ratanya pernah mengalami pengalaman bersalin. Namun, setiap pengalaman itu berbeza antara setiap individu. Setelah mengalami sendiri detik-detik untuk bersalin, kita akan rasa lebih menghargai ibu kita. Ramai yang bersetuju bahawa setiap anak yang dilahirkan berbeza tahap kesukaran proses melahirkan.
Perkongsian:
3. Catatan Pengalaman
Potato and Tomato soup with garlic bread
Assalamualaikum..
Hari ini saya ingin berkongsi resepi sup yang saya olah dari resepi yang ada di internet. Resepi ini mudah disediakan terutama kepada ibu-ibu yang inginkan makanan yang ringkas dan mengenyangkan.
Bahan-bahan :
Roti perancis - 1 batang
Bawang besar - 1 atau 2 biji
Bawang putih - 2 ulas
Kentang - 3 biji
Tomato 2 biji
Tepung gandum - 2 sudu
Susu cair / susu segar - 2 cawan
Air - 3 cawan
Garam - 1 sudu kecil
Kiub pati ayam knorr - 1/2 atau 1 kiub
lada hitam - 1/2 sudu kecil
Daun selasih atau oregano
Mentega - 2 sudu
Perkongsian:
4. Diari Masakan
Catatan harian : Tugasan utama
Teks : Aida Ilyani Ali
Assalamualaikum, hari ini saya berkesempatan menulis catatan harian pertama saya. Tugasan ini adalah homework yang diberikan oleh guru ABDR saya, Puan Anys Idayu.
Hari ini saya nak berkongsi cerita mengenai kelas mengaji. Alhamdulillah, sempat juga saya ke kelas mengaji hari ini. Terima kasih ya Allah kerana mempertemukan saya dengan Cikgu Saniah. Beliau merupakan ibu tunggal yang telah berusia 82 tahun. Seorang yang sangat berpengalaman dalam bidang pendidikan al-Quran. Beliau sering memberi kata semangat dan panduan kepada saya untuk menjadi suri rumah tangga yang lebih baik. Selain itu, beliau berkongsi ilmu berkaitan kelebihan ayat-ayat al-Quran yang diamalkan oleh beliau apabila kami bertemu ayat tersebut semasa mengaji.
Perkongsian:
Catatan Harian
Pengenalan Diri
Teks : Aida Ilyani Ali
Assalamualaikum, salam ukhwah untuk semua.
Bismillahirrahmanirrahim pembuka bicara.
Keluarga memanggil saya dengan panggilan Aida. Nama
sebenar saya Aida Ilyani Binti Ali. Nama ini ibu saudara saya yang lebih mesra
dipanggil "Auntie" berikan. Mengikut cerita, nama ini adalah sempena
nama kawan beliau di Sekolah Menengah Tun Fatimah, Johor Bahru. Saya
merupakan anak kedua daripada sembilan
orang adik beradik. Saya mempunyai seorang kakak, empat orang adik perempuan
dan empat orang adik lelaki. Mak dan abah bekerja di sektor kerajaan. Kami
adik-beradik telah dijaga oleh nenek saudara yang kami panggil "Mak
Tok". Mak Tok menjaga kami semua dengan penuh kasih sayang.
Saya mula mendapat pendidikan awal kanak-kanak pada
umur lima tahun. Pada ketika itu perasaan ingin belajar didorong oleh kakak
yang telah ke tadika. Tadika yang kami sertai ialah Tadika Iman. Saya mendapat
pendidikan rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Sri Skudai, Johor Bahru. Saya
melanjutkan pelajaran peringkat menengah saya di Sekolah Menengah Kebangsaan
Sultan Ismail dalam aliran agama seterusnya ke Sekolah Menengah Teknik Johor
Bahru dalam aliran pertanian. Selepas itu saya telah ditawarkan untuk mengikuti
program matrikulasi di Matrikulasi Melaka. Alhamdulillah, saya diberi ruang
untuk belajar ke menara gading dalam bidang Teknologi Tumbuhan di Universiti
Malaysia Sabah. Saya seterusnya menyambung pelajaran saya secara separuh masa dalam kursus Sarjana Pendidikan
Teknik dan Vokasional di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia. Saya berjaya menyelesaikan pembelajaran saya pada tahun 2013 yang lalu. Saya bercita-cita
untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, in sya Allah dalam
masa satu ke dua tahun lagi.
Alhamdulillah, rasa cinta yang Allah percikkan dalam
hati saya sejak sekolah membawa saya dan suami ke jinjang pelamin pada 19
November 2008. In sya Allah, rasa cinta itu mekar hingga ke
hari ini. Syukur ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan kami merasa nikmat anak.
Allah telah mengurniakan kami dua orang cahaya mata. Kakak, Aida Aleesya lahir
pada 2 Mac 2011 dan diikuti oleh adik, Abdullah Umar lahir pada 15 Ogos 2012.
Ya, Allah! Bantulah hambamu ini menjaga amanah Mu sebaik mungkin.
Pengalaman bekerja saya bermula apabila saya mendapat pekerjaan sebagai Pembantu Juruaudit Kontrak di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor. Pada ketika
itu, saya tidak memikirkan untuk menjawat jawatan yang setaraf dengan kelulusan
saya kerana tidak mahu jauh dari mak. Selepas penstrukturan semula perjawatan
di SUKJ, perkhidmatan saya tidak diperlukan lagi. Namun, saya tidak berputus
asa. Emak suruh saya memohon jawatan guru ganti di Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru.
Saya agak keberatan kerana pada waktu itu saya tidak yakin untuk menjadi guru.
Namun, rezeki menyebelahi saya dan saya ditempatkan di Sekolah Menengah
Kebangsaan Sultan Ismail, sekolah lama saya. Semua guru di sini sangat
profesional dan memberi kepercayaan kepada saya untuk mendidik pelajar walaupun
saya hanya seorang guru ganti. Bermulalah satu episod perjalanan saya sebagai
seorang guru.
Setelah kontrak saya tamat, saya diberi kepercayaan
sekali lagi oleh pihak PPD JB untuk menyandang jawatan guru. Kali ini sebagai
Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin
Baki Johor Bahru. Setelah setahun di sana memberikan perkhidmatan terbaik saya,
saya terpaksa membuat keputusan yang sukar dalam hidup saya iaitu berhenti
kerana mengikut suami yang berkhidmat di Majlis Daerah Pengkalan Hulu, Perak.
Oleh kerana belum dikurniakan anak, saya mencuba nasib memohon jawatan guru secara kontrak yang ditawarkan
oleh Kementerian Pelajaran ketika itu. Saya akhirnya berjaya dipanggil temuduga
dan berjaya dalam temuduga tersebut. Saya telah ditempatkan di Sekolah Menengah
Agama Tan Sri Ghazali Jawi, Gerik (SABK). Pada akhir tahun 2009 saya sekali lagi
terpaksa menolak tawaran menyambung perkhidmatan sebagai guru di sana
memandangkan suami telah dapat bertukar kembali ke Johor.
Rezeki Allah di mana-mana. Walaupun terpaksa menolak
jawatan guru yang membolehkan saya diserap pada ketika itu, saya telah berjaya
mendapat pekerjaan di Jabatan Pelajaran Negeri Johor sebagai Penolong Pegawai
Tadbir Kontrak pada tahun 2010. Pada waktu ini kami masih lagi belum dikurniakan
cahaya mata. Dalam pada menanti kehadiran permata hati, saya mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran saya ke
peringkat yang lebih tinggi untuk mengubat kesedihan hati. Atas sebab minat dan sayang saya dalam dunia
pendidikan, saya telah menyambung pelajaran saya dalam bidang Pendidikan Teknik
dan Vokasional di UTHM secara separuh masa. Usai saya mendaftarkan diri di
UTHM, saya telah disahkan mengandung. Berita ini sangat menggembirakan saya
kerana saya menunggu hampir tiga tahun untuk mendapat anak. Anak kedua lahir
setahun selepas saya melahirkan anak pertama. Komitmen terhadap anak dan
pelajaran menyebabkan saya tidak mencari pekerjaan lain selepas kontrak saya
tamat.
Berada di rumah dikelilingi anak-anak memang seronok.
Sayalah orang pertama yang melihat setiap kemajuan perkembangan mereka.
Walaupun tidak menjadi pendidik secara formal, namun saya gunakan juga ilmu
pendidikan yang dipelajari terhadap anak-anak saya. Anak pertama saya telah
dapat menghafal surah Al-Fatihah, al-Ikhlas dan An-Nas seawal 2 tahun setengah.
Suami pernah mencadangkan saya supaya saya mencari sesuatu aktiviti yang
berkaitan pendidikan dan minat saya secara online untuk dilakukan pada waktu
lapang agar ilmu yang ada tidak di sia-siakan. Namun, pada masa itu saya masih
belum bersedia.
Anak-anak semakin membesar, Aleesya dan Umar telah
menunjukkan minat mereka dalam pembelajaran. Oleh itu, saya rasa saya perlu
membuat perubahan jadual harian saya sebagai suri rumah tangga. Saya perlu
mempunyai jadual bekerja yang lebih teratur. Saya mula mencari-cari jadual ibu yang
menjadi "home engineer" seperti saya di alam maya. Rupanya,
perancangan Allah itu lebih baik lagi di mana saya di pertemukan dengan blog
Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Hati saya merasakan bahawa ilmu dari guru-guru dan
rakan-rakan dalam akademi inilah yang saya perlukan untuk menjayakan misi
sebagai WAHM (work at home mom) yang berjaya. Inilah peluang saya untuk
berkongsi ilmu dan pengalaman di samping menjana pendapatan sampingan dari
rumah tanpa perlu meninggalkan anak-anak.
Dalam pencarian saya, saya telah bertemu dan belajar
secara bersemuka dengan Puan Anys Idayu Zakaria. Beliau telah menerangkan kepada
saya dengan sangat jelas berkenaan akademi dan saya jadikan beliau mentor saya sehingga kini. Walaupun menulis dalam
bentuk pengalaman di blog bukanlah kepakaran saya, namun beliau telah
meyakinkan saya dengan perancangan yang teratur dan kaedah yang tersusun, saya
mampu melakukannya. Sekarang, saya akan menjadikan ruangan di blog saya ini
sebagai platform dalam membantu lebih ramai suri rumah khususnya dan para
wanita berkerjaya yang lain dalam memulakan perniagaan untuk meningkatkan ilmu
dan pendapatan mereka. Harapan saya semoga Allah mempermudah urusan ini dan
usaha saya ini diredhai dan dirahmati oleh Nya. In sya Allah.
Akhir kalam, salam ukhwah dan salam kasih sayang.
Perkongsian:
1. Pengenalan Diri
Subscribe to:
Posts (Atom)