*promosi sah untuk pelanggan di sekitar Johor Bahru sahaja.
Ayam Berempah Frozen
Produk Terkini dari saya, istimewa untuk suri bekerjaya
Ayam berempah Frozen
Empat pilihan perisa : Ketumbar jintan, Percik, Serai dan Cili Padi
Ayam berempah Frozen
Empat pilihan perisa : Ketumbar jintan, Percik, Serai dan Cili Padi
Ayam Berempah - Perisa Percik (Packing Lama)
RM10.00
Harga Promosi - RM8.90
Cadangan Hidangan - Ayam Percik Bakar
Ayam Berempah - Perisa Ketumbar Jintan
RM10.00
Ayam Berempah - Perisa Serai (Baru)
RM10.00
Harga Promosi - RM8.90
Ayam Berempah - Perisa Cili Padi (Baru)
Harga Promosi - RM8.90
Destinasi Percutian Yang Pasti Saya Pergi - Pengkalan Hulu
Teks : Aida Ilyani Ali
Foto : Carian Google dan Koleksi Peribadi
Foto : Carian Google dan Koleksi Peribadi
Pengkalan Hulu merupakan satu daerah kecil di negeri Perak. Daerah ini bersempadan dengan Baling, Kedah dan Thailand. Kenapa saya ingin ke Pengkalan Hulu? Salah satu sebab Pengkalan HUlu menjadi destinasi percutian saya ialah penduduknya yang ramah, prihatin dan mesra selain tempatnya yang damai dengan suasana desa, cuaca yang dingin dan sejuk di waktu pagi.
Di sana anda juga boleh menikmati permandangan indah dengan sekumpulan lembu beratur untuk ke padang rumput sendiri melalui kawasan perumahan. Waktu malamnya pula anda boleh menyaksikan kemeriahan pemuda dan warga setempat beraksi di padang bola Majlis Daerah Pengkalan Hulu.
Apabila ke Pengkalan Hulu, anda harus juga singgah ke Kolam Air Panas Ulu Legong, Baling. Perjalanan dari Pengkalan Hulu ke Kolam Air Panas ini hanya mengambil masa 30 minit sahaja. Kebiasaannya, pengunjung akan pergi ke sana pada sebelah malam. Ada juga yang ke sana pukul 1 ke atas. Pada pengunjung yang pertama kali datang pasti tidak sangka adanya tempat yang sebegitu meriah dalam kawasan yang agak terpencil kerana anda perlu melalui kawasan hutan, ladang getah dan perkampungan kecil untuk ke sana.
Macam mana saya boleh tahu semua ini? Sebab saya pernah tinggal di sana. Penempatan pertama suami apabila diterima bekerja di agensi kerajaan ialah di Majlis Daerah Pengkalan Hulu, Perak. Pada masa itu kami belum berkahwin lagi. Keinginan untuk berkenalan dengan orang di sana semakin membuak-buak apabila rakan-rakan sepejabat suami sanggup datang dari Pengkalan Hulu ke Johor menaiki bas semata-mata untuk menyaksikan persandingan kami walaupun suami masih baru lagi di sana. Kuat betul semangat mereka. Salam ukhwah itu menjadikan saya tertarik untuk berkenalan lebih dekat dengan mereka.
Gambar di atas adalah gambar hari keluarga bersama warga jabatan tempat suami bekerja.
Pertama kali berkereta ke sana, saya dah rasa penat. Jauh betul. Kami terpaksa berhenti beberapa kali di hentian rehat untuk solat, rehat dan makan. Bila kami melepasi kawasan Gerik, hati saya menjadi semakin sayu kerana di kelilingi hutan. Jalan yang dilalui juga berliku-liku, ada gaung di kanan jalan. Agaknya, bagaimanalah perasaan suami masa mula-mula datang dahulu. Mesti sedih sendirian di tempat orang.
Mana taknya dari bandaraya besar berhijrah ke pekan kecil yang pada masa itu KFC pun tiada. Namun, saya gagahkan juga diri ini demi untuk menjadi suri di samping suami. Inilah antara sebab saya berhenti kerja. Jauh sangat dengan suami.
Tempat yang jauh mesti la di kenang, nak pergi bukannya senang. Kena ada perancangan yang betul-betul teliti kalau nak ke sana. Perjalanan dari Johor Bahru ke Pengkalan Hulu mengambil masa 12 jam (kalau banyak berhenti). Tapi kalau ikut Google hanya 7 jam setengah sahaja. In sya Allah kami merancang untuk ke sana bila ada kelapangan.
Perkongsian:
Catatan Harian,
Catatan Pengalaman
21 Formula Transformasi Kejayaan & Keberkatan
Teks : Aida Ilyani Ali
Sumber : azizanosman.com
Foto : azizanosman.com
Judul buku : 21 Formula Transformasi Kejayaan & Keberkatan
Buku terkini dari Dr. Azizan Osman ini patut dimiliki oleh semua.
Buku olahan formula oleh Ustaz Mohammad Ashraff Ayub mengikut aplikasi dirinya selepas mempelajarinya dari seminar IMKK Dr Azizan Osman. Setiap formula ini berasaskan daripada Al-Quran dan Sunnah serta hadis-hadis Nabi saw. Buku ini bukan buku agama tetapi ia buku formula untuk menghidupkan hati dan memperbaiki serta mencuci kolam jiwa kita agar hati kita sentiasa mendekati Allah swt dan lantaran itu akan menarik lebih banyak kasih sayangNya serta redhaNya.
Kepada sesiapa yang berminat boleh hubingi saya segera ye atau wassap saya di 0187729507.
Perkongsian:
Buku
Subscribe to:
Posts (Atom)